Pernah tak masa terfikir-fikir nak beli kain, anda hampiri jalan buntu disebabkan kos yang tinggi and kualiti yang rendah?
Bila berdepan dengan situasi sebegini, apa kata cuba kain dull satin? “Eh, kalau satin bukan mahal ke?” Tetapi, bukan semua kain mahal ye. Ok, sebelum itu, apa sebenarnya kebaikan kain dull satin ini? Antara kebaikan kain ini ialah:
- Tak perlu IRON! Jika anda seorang pemakai tudung, anda sudah tentu teringat masa adik anda terduduk atas kain satin yang anda susah payah setrika. Tetapi, kain satin ini merupakan Wrinkle Resistant!
- Selain itu, kain satin juga TAHAN LAMA! Jangan ingat kalau kain mahal sahaja boleh tahan lama, tetapi kain satin berkualiti seperti di WardahKu yang murah juga boleh digunakan lama. Ini disebabkan sifat kainnya yang lebih kuat berbanding tenunan lain.
- Satu masalah yang besar untuk pemakai tudung ialah apabila, tudung yang cantik mula bengkok sejam atau dua lepas disarung. Tetapi, untuk hijab bawal dull satin, kain ini senang dibentuk dan TIDAK perlu awning
Tak perlu dah nak selak tudung atau letak “plastic file” selepas ini!
Jangan ingat pula yang kain satin ini untuk orang muda atau golongan makcik sahaja. Sekiranya anda seorang gadis muda jelita, tudung ini boleh menambah kecantikan anda. Sebaliknya, jika dipakai oleh golongan mak-mak, sudah tentu boleh nampak muda sepuluh tahun!
Kita di Malaysia ini merangkumi rakyat berbilang kaum dan bagi pemakai tudung Muslimah, kita biasa melihat wanita jelita dari pelbagai warna kulit. Orang dulu-dulu selalu kata, kalau berkulit gelap, jangan pakai warna cerah. Adoi! Tidak kira apa warna kulit anda, hijab dull satin ini akan nampak sesuai dengan anda.
Sebagai seorang Muslimah, anda mungkin risau mengenai pakaian anda ketika masuk waktu sembahyang. Ha! Untuk wanita Muslimah semua, baju kurung moden dull satin WardahKu ada zip sorok di bahagian lengan baju untuk memudahkan pengambilan air sembahyang. Untuk mommy-mommy pula, jangan ingat kalau dah ada anak, tak boleh pakai cantik. Baju kurung kita breastfeeding friendly ye!
Photo Credit: wardahku.com
Bukan sahaja untuk hijab, kain dull satin juga boleh digunakan sebagai hiasan dan alas meja di rumah anda. Barulah, rumah boleh nampak atas sikit! Sifat kain ini yang serba boleh akan ubah meja lama anda untuk memberi aesthetic vibe.
Kain ini tidak terlalu licin dan tidak terlalu berkilat jadi anda boleh jadikan kain ini sebagai alas atau juga sebagai kain hantaran. Tidak kira warna rumah anda, kain satin Wardahku ini datang dengan pelbagai nada warna termasuk Rose Series, Purple Grey Colour Series dan juga Cool Colour Series. Cuba bayangkan, tetamu datang ke rumah, mesti tertanya-tanya kalau kain atas meja mahal tapi harga sebenar bawah RM10!
Tak perlu berebut di kedai kain dah, cuma lawat butik online Wardahku dan beli kain, baju kurung atau tudung kegemaran anda. Ingat ye, tak perlu belanja beratus-ratus untuk kelihatan berseri! Dengan pembelian RM60 ke atas, anda boleh menikmati free shipping lagi.