Skip to content
Breaking News
  • Great Chris Hemsworth Movies to Explore
  • Classic Mafia Movies
  • A Review of Bridgerton Season 2
  • When Messy is Compelling and Real
  • Netflix Plans Real-Life ‘Squid Game’ Challenge Reality Show
Mongol Movie
  • Home
Mongol Movie
  • Home
Mongol Movie

Tips-Tips Berguna Sebelum Membeli Baju Kurung Moden Online

  • elatedgerbil91557285
  • December 29, 2021
  • 0
Sebelum beli baju kurung, kita kenalah berhati-hati ya!

Dengan pembelian online semakin popular, para scammer juga makin berleluasa zaman ini. Dari pembelian sekecil pin ke rumah, kita boleh jumpa scammer di mana-mana. Oleh itu, sebagai seorang pelanggan yang bertanggungjawab, kita perlulah melakukan kajian sebelum membeli apa-apa item. Ini termasuk sebelum membeli baju kurung moden online.

Jangan ingat penjual baju kurung takde pulak yang scammer. Baju kurung tak kira baju kurung cotton ke, baju kurung silk ke, perlulah yang kualiti terbaik. Bila kita terbeli baju kurung dari scammer, selain mendapat baju yang tidak tahan lama, kain yang tidak berkualiti juga boleh mengakibatkan ruam kulit jika tidak dikesan lebih awal.


Tips sebelum membeli

Hah, sebelum membeli baju kurung moden cotton online kita perlulah ikuti beberapa tips agar tidak tertipu. Perkara pertama sebagai pelanggan yang kita perlu buat adalah untuk menyemak reviews yang pelanggan beri setelah membeli baju kurung tersebut. Sebaik-baiknya, review lima bintang sepatutnya bagus untuk anda meneruskan pembelian anda.

Review ini bukan sahaja untuk memastikan seller tersebut bukanlah seorang scammer malah juga untuk pastikan bahawa saiz dan jenis kain untuk baju kurung berkualiti tinggi dan menepati harga yang anda bayar.

Selain itu, anda juga boleh  berkomunikasi dengan penjual baju kurung moden online tersebut untuk pastikan penjual tersebut bukanlah seorang scammer dan boleh dipercayai. Dengan mewujudkan hubungan ini, anda juga boleh lakukan pembelian dengan yakin pada masa hadapan. 

Jangan terpedaya dengan scammer yang jual baju kurung moden online

Bagaimana untuk menyingkirkan scammers ini secara kekal?

Kita dah terbiasa dengan fenomena di mana baju kurung yang sampai langsung tidak sama seperti produk kelihatan online. Jika berhadapan dengan situasi sebegini, anda sepatutnya berkomunikasi dengan seller kerana di Malaysia, mengiklankan produk palsu dalam talian adalah melanggar undang-undang. Sekiranya anda tidak puas hati dengan produk yang anda dapat, anda berhak untuk menuntut bayaran balik.

Anda boleh fikir bahawa, bagaimana jika seller tersebut menyamar dirinya sebagai “Moden Baju Kurung Shop” di Instagram dari Singapore, dan anda boleh membuktikan bahawa seller tersebut memang seorang scammer, anda boleh melaporkan seller tersebut ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Sistem e-aduan ini diwujudkan bagi memudahkan pengguna menyalurkan aduan berkaitan isu kepenggunaan di bawah seliaan KPDNHEP.

Sebenarnya mudah sahaja untuk mendapatkan baju kurung moden online yang berkualiti dan anda terlepas dari scammer. Pastikan anda ikuti langkah-langkah yang diberitahu dan jangan tertipu lagi ye! Dengan itu, terdapat banyak kedai online yang menjual baju kurung yang berkualiti seperti Gene Martino, VELRIA, dan sebagainya.

Post navigation

Previous Article
Next Article

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Great Chris Hemsworth Movies to Explore
  • Classic Mafia Movies
  • A Review of Bridgerton Season 2
  • When Messy is Compelling and Real
  • Netflix Plans Real-Life ‘Squid Game’ Challenge Reality Show
Powered by WordPress.